PERSATUAN ALUMNI NADWATUSSAADAH SMU(A)AL-SAADAH
BATU MENGKEBANG 18000
KUALA KRAI KELANTAN


http://nadwatussaadah.blogspot.com

Saturday, February 5, 2011

MAJLIS PERJUMPAAN ALUMNI NADWATUSSAADAH 2011


3 Febuari 2011 iaitu pada hari Khamis yg lalu, Majlis Perjumpaan Alumni Nadwatussaadah 2011 telah berlangsung dengan jayanya. Alhamdulillah. Majlis ini telah mendapat sambutan dari ramai bekas-bekas pelajar yang pernah menuntut di Smu (a) Al-Saadah Batu Mengkebang.Jumlah mereka yang hadir pada majlis tersebut adalah seramai 65 orang. Tahniah!!

OBJEKTIF MAJLIS PERJUMPAAN ALUMNI NADWATUSSAADAH 2011

Tiga objektif utama majlis tersebut adalah untuk mempertemukan kembali bekas-bekas pelajar SMU (A) Al-Saadah Batu Mengkebang, mengeratkan ukhwah di antara bekas-bekas pelajar SMU(A) Al-Saadah Batu Mengkebang dan mewujudkan hubungan yang baik di antara pihak sekolah SMU (A) Al-Saadah Batu Mengkebang dan bekas-bekas pelajar SMU (A) Al-Saadah Batu Mengkebang.

MEREKA YANG HADIR

Majlis tersebut telah di hadiri oleh bekas-bekas pelajar Smu(a) Al-Saadah Batu Mengkebang yang suatu ketika dahulu pernah menuntut ilmu di Smu(a)Al-Saadah, sebuah sekolah yang telah melahirkan ramai anak-anak berpendidikan agama yang bersakhsiah tinggi. Terima kasih kerana hadir. Selain daripada itu, Alumni ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak sekolah yang sudi memberi kerjasama dan sokongan penuh bagi menjayakan program tersebut. Antara guru-guru yang hadir pada hari itu ialah Tuan Mudir, Ustaz Zulkifli Che Soh, Ustaz Hasim, Cikgu Syazuan, Cikgu Mahani dan Teacher Ain. Terima kasih kerana hadir memberi sokongan dan memeriahkan majlis. Majlis juga turut di serikan oleh kedatangan para pelajar tingkatan lima yang akan menduduki SPM pada tahun ini. Semoga berjaya dan terima kasih kerana membantu Alumni pada hari tersebut.

AKTIVITI-AKTIVITI SEMASA MAJLIS

Antara aktiviti-aktiviti semasa program adalah, sesi ucapan penghargaan dari wakil Alumni, Ustazah Siti Zubaidah Abdullah, Ucapan Perasmian oleh Ustaz Zulkifli Che Soh. Tiga sesi cabutan bertuah pula di sampaikan oleh Ustaz Hasim, Cikgu Mahani dan Teacher Ain. Selain daripada itu, majlis turut mempersembahkan dua buah persembahan multimedia. Sesi fotografi bersama pihak sekolah dan ahli Alumni juga turut di adakan. Di akhir majlis tersebut, semua yang hadir makan tengah hari bersama-sama dengan sedikit juadah yang di sediakan oleh para urusetia Alumni Nadwatussaadah.


TERIMA KASIH

Ucapan terima kasih untuk semua yang turut sama-sama menjayakan Majlis Perjumpaan Alumni Nadwatussaadah 2011, sehingga bertemu lagi di majlis-majlis yang akan datang. Wassaalam.

Saturday, January 22, 2011

Majlis Perhimpunan Alumni Nadwatussaadah 2011





Assalamualakum wbt

InsyaAllah satu majlis perhimpunan bekas-bekas pelajar SMU (A) AL-SAADAH BATU MENGKEBANG, anjuran Persatuan Alumni Nadwatussaadah akan di adakan sebagaimana berikut:-

Tarikh: 3 Februari 2011
Hari: Khamis
Tempat: Dewan SMU (A) Al-Saadah Batu Mengkebang
Masa: 9pagi hingga 1tgh hari

Dengan berbesar hatinya, kami ingin menjemput anda, selaku bekas-bekas pelajar yang pernah menuntut di SMU (A) Al-Saadah Batu Mengkebang untuk turut sama hadir di dalam majlis ini.

Sekiranya anda berminat untuk hadir ke majlis ini bolehlah respon kehadiran anda kepada nombor yang tertera di bawah:
Syazwan: 0132194852
Haslinda: 0193764765

Kehadiran anda sangat di alukan, sekian terima kasih
~Alumni Nadwatussaadah~

Friday, September 24, 2010

WATIKAH AIDILFITRI

Salam Syawal untuk semua warga SMU (a) Al-Saadah Batu Mengkebang. Mungkin sudah agak terlewat untuk mengucapkan selamat hari raya aidil fitri kepada semua. Tetapi memandangkan syawal itu adalah selama sebulan, jadi rasanya masih boleh di ucap lagi.

Aidilfitri adalah hari kemenangan bagi muslim yang telah melaksanakan puasa di bulan Ramadhan dengan hati yang tawadhuk dan khusyuk kepada Allah. Jika di bulan Ramadhan kita sibuk beribadah kerana yakin dengan gandaan pahala yang di janjikan Allah. Saat inilah kemuncak ibadah kerana masing-masing merasa lebih tenang tanpa campur tangan iblis dalam urusan harian. Namun ada yang masih kalah dengan nafsu. Iblis di belenggu, nafsu pula yang akan menunggangi diri. Nauzubillah, sebaiknya nafsu itu di kawal jangan biar ia menjadi maharaja agung di dalam diri.

Jika di bulan Ramadhan kita begitu bersungguh-sungguh meningkatkan ibadah kepada Allah, namun adakah berakhirnya Ramadhan menandakan ibadah kita semakin berkurang. Adakah dengan berakhirnya Ramadhan, kita tidak lagi merasa khusyuk dengan peribadatan kepada Tuhan? Jika sebulan yang lalu, kita Qiyam hampir setiap malam, bersedekah harta dan wang, membaca Al-Qur'an satu juzuk sehari, melakukan solat-solat sunat dan sentiasa membasahi lidah dengan zikrullah maka adakah pada hari ini, setelah Ramadhan berlalu, semua itu sudah tidak menjadi rutin yang di lakukan dengan bersungguh-sungguh? Tepuk dada tanya iman.

Jangan pula kita salah memahami konsep ibadah sehingga menjadi hamba Ramadhan, bukan Hamba Tuhan. Kita adalah hamba Tuhan bukan sahaja di bulan Ramadhan, bahkan di setiap bulan-bulan yang lain. Ramadhan adalah bulan istimewa yang merupakan platform untuk manusia mendekatkan diri kepada Allah dan meningkatkan ibadah. Jadi di sini ana ingin menekankan kepada semua, bahawa jadilah juga hamba Allah yang bersungguh-sungguh di dalam pelaksanaan ibadah walaupun bukan lagi di bulan Ramadhan. Biarlah kita meneruskan disiplin di bulan Ramadhan ke bulan Syawal, Zulqaedah, Zulhijjah dan bulan-bulan seterusnya.

Sekadar sebuah peringatan untuk ana sendiri dan juga untuk sahabat-sahabat. Sekali lagi selaku admin blog, ana mengucapkan selamat hari raya ,maaf zahir dan batin. Salam Syawal yang mulia. Maafkan juga salah silap ana dan semua tulisan-tulisan ana di blog ini serta semua komen-komen ana di ruangan 'sembang-sembang' blog. Juga ana meminta maaf jika tidak banyak menyumbang kepada Alumni dan warga SMU (A) Al-Saadah kerana ketidakmampuan ana. Ana doakan semua di rahmati Allah, wallahua'llam.

Thursday, August 12, 2010

RAMADHAN KAREEM




Salam Ramadhan untuk semua sahabat-sahabat Alumni Nadwatussaadah serta pendidik-pendidik SMU (A) Al-Saadah. Ramadhan bulan barakah dan kerahmatan di mana pintu syurga di bukakan, pintu neraka di tutup. Alhamdulillah, Allah memberi ruang seluas-luasnya untuk umat manusia melakukan ibadah dengan penuh khusyuk dan rendah hati mengharap redha Ilahi.


Ramadhan ialah waktu di mana manusia mendidik dan mengasuh kembali jiwa yang mungkin sudah sekian lama kontang dari pengisian rohani. Menyiram kembali benih-benih kekhusyukan yang hampir hilang di telan kesibukan duniawi. Muhasabah kembali sebuah perjalanan hidup yang kadang-kadang tersasar dari matlamat asal sebuah kehidupan. Iya, inilah masanya untuk cuba kembali berpijak di bumi asal, masa yang tepat untuk merasa sebuah kemanisan ibadah.


Di samping membentuk sakhsiah diri, mengawal tingkah yang selama ini kurang terjaga dan membentuk sebuah peribadi yang berdisiplin tinggi. Jika selama ini lisan kurang terjaga, mata memandang maksiat, telinga mendengar yang tidak sepatutnya, maka Ramadhanlah waktu untuk menyembuhkan kembali lisan mata telinga dari penyakit-penyakit yang tidak baik itu.


Juga mendidik kesabaran di dalam diri dengan sebuah puasa. Banyak dugaan yang kadang-kadang sangat mengundang amarah, namun di sejukkan kembali dengan ayat asuhan kepada sebuah kesabaran ‘sesungguhnya aku berpuasa’..


Akhir kata, jangan kita sia-siakan Ramadhan yang mana padanya sememangnya menuntut kita mengambil sebanyak mungkin peluang-peluang beribadah yang ada di samping tidak mengabaikan urusan-urusan dunia yang membawa kepada akhirat. Salam Ramadhan.

Saturday, July 10, 2010

SILA JOIN

salam..

Saya menjemput sahabat-sahabat setia blog Alumni Nadwatussaadah untuk join Facebook 'REUNION SMU (A) AL-SAADAH BATU MENGKEBANG'. Facebook ini di asaskan oleh mantan pelajar-pelajar SMU (A) AL-SAADAH BATU MENGKEBANG. Ucapan tahniah dan terima kasih tidak terhingga kepada pengasas facebook berkenaan yang berjaya mengumpulkan bekas-bekas pelajar di ruang maya tersebut.

Saya juga menyarankan semua untuk join facebook ADUAN RAKYAT HULU KELANTAN untuk mengetahui masaalah yang di hadapi penduduk DUN MENGKEBANG khususnya.Sama-sama kita prihatin dengan masaalah-masaalah yang timbul. Sebarang cadangan dan curahan idea sangat-sangat di alu-alukan di ruangan facebook ini.

TAHNIAH!!!

Sekalung ucapan tahniah buat anak-anak kelahiran SMU(A)AL-Saadah Batu Mengkebang di atas kejayaan anda menempatkan diri di instituti pengajian tinggi Malaysia. Mereka yang berjaya ke IPTA pada tahun 2009 ialah:

1)Aisyah Binti Aziz-Jurusan Usuluddin Pusat Asasi University Malaya, Nilampuri, Kelantan.

2)Mohd Hafizuddin Bin Rahimi-Jurusan Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Pusat Asasi University Islam Antarabangsa, Kampus Nilai, Negeri Sembilan.

3)Noriha Binti Muda-Jurusan Sains Kemanusiaan, Pusat Asasi University Islam Antarabangsa, Kampus Nilai, Negeri Sembilan.

Juga untuk pelajar-pelajar yang meneruskan pengajian di peringkat STAM, teruskan perjuangan. Kami di Alumni Nadwatussaadah sentiasa menyokong anda. TAHNIAH!!

PELAJAR TERBAIK SPM DAN PMR SMU (A) AL-SAADAH BATU MENGKEBANG 2009

Salam ucapan tahniah dari Alumni Nadwatussaadah untuk dua pelajar cemerlang SMU (A) AL-SAADAH BATU MENGKEBANG. Semoga kesinambungan ini di teruskan. Dan semoga kejayaan mereka menjadi motivasi kepada pelajar-pelajar lain.

PELAJAR TERBAIK SPM SMU (A) AL-SAADAH BATU MENGKEBANG

NAMA: SITI AISYAH BINTI AZIZ
KEPUTUSAN SPM: 6A
UMUR: 18 TAHUN
JAWATAN DI SEKOLAH: AHLI BADAN DISIPLIN SEKOLAH
INSTITUSI PENGAJIAN: PUSAT ASASI UNIVERSITY MALAYA, NILAMPURI
JURUSAN: USULUDDIN

PELAJAR TERBAIK PMR SMU (A) AL-SAADAH BATU MENGKEBANG

NAMA: NUR SYAFIQAH BINTI ABDUL HAMID
KEPUTUSAN PMR: 9A
UMUR: 16 TAHUN
JAWATAN DI SEKOLAH: PENGAWAS MAKTABAH
INSTITUSI PENGAJIAN: SMU (A) AL-SAADAH BATU MENGKEBANG