PERSATUAN ALUMNI NADWATUSSAADAH SMU(A)AL-SAADAH
BATU MENGKEBANG 18000
KUALA KRAI KELANTAN


http://nadwatussaadah.blogspot.com

Wednesday, December 23, 2009

Ayuh mentarbiyah hati !!
Tarbiyah hati,satu tanggungjawab yang sering di abaikan oleh umat islam hari ini. Padahal, tarbiyah hati itulah pangkal segala kebaikan. Jika hati terdidik, kekurangan lain dapat di hadapi sebaiknya. Bahkan, ia menjadi tunjang bagi segalanya jika ia di mantapkan.
Jika jasad perlukan makanan, akal perlukan ilmu, maka hati perlukan iman sebagai makanan. Iman sangat penting kerana ia menentukan sistem nilai, paradigma dan pandangan alam tentang sesuatu.bertapak di hati perlu di bangunkan.
wahai diri, ilmu yang tinggi sahaja tidak bernilai tanpa iman yang mantap. Iman yang bertapak dalam hati perlu di bangunkan !!
yakin lah !. Hanya keyakinan dapat membentuk keyakinan. Dan keyakinan yang mantap perlu melahirkan tindakan. Tindakan inilah yang akan membentuk sikap, dan sikap inilah akhirnya membentuk teladan. Dalam mendidik hati, teladan lebih berkesan berbanding saranan.
Keperluan rohani kepada iman dan taqwa ini ialah keperluan yang sangat sukar diisi oleh umat islam hari ini sedangkan ia keperluan yang paling utama jika di bandingkan dengan keperluan yang lain.
Jesteru itu, mujahadah lah wahai jiwa, tabiyahlah hati mu !
Ubat selalunya pahit. Rawatannya juga selalunya perit, tetapi oleh sebab inginkan jiwa yang sihat, kita rela menelan kepahitan, kita rela menanggung keperitan berpantang.
Maka, begitu jugalah jalan untuk mengubat hati. Terpaksa menempuh jalan mujahadah. Untuk mengubat hati perlukan penawar yang juga pahit. Ubat hati jarang yang manis. Namun, semua itu perlu di tempuh jua. Apa ubat hati yang pahit itu?
Pertamanya, lazimkan diri menghadiri majlis ilmu. Imarahkan taman- taman syurga! Ilmu itu cahaya hati,majlis ilmu itu taman syurga di dunia ini. Jika sering berada di taman syurga dunia, insyaAllah akan memberi harapan yang cerah untuk berada di taman syurga yang hakiki di akhirat kelak.
Walaupun berat kaki melangkah, gagahi juga ! sepertimana pesakit terpaksa menelan ubat yang pahit. Terangi hatimu dengan cahaya ilmu. Ingat, hakikat ubat hati adalah ilmu.
Dari sana, susuli langkah seterusnya. Ilmu adalah imam dan amal adalah makmumnya. Amalkan latihan asas dan teras untuk merawat hati. Ubat hati ialah zikrullah. Cara zikrullah yang paling utama adalah solat. Solat adalah wasilah penghubung antara hamba dan tuhan. Fahami makna bacaan, hayati erti gerakan dan resapkan rasa rasa setiap gerakan dan bacaan ke dalam hati. Walaupun susah, tapi paksalah diri dengan bersungguh sungguh. Sedangkan bisa boleh menjadi biasa apabila dilazimi, apatah lagi penawar yang datang daripada Allah.
Sakit fizikal ada pantang larangnya, begitu juga sakit hati. Ada pantang larangnya. Perlu berpantang dari pekara yang boleh menyuburkan nafsu. Misalnya, melihat, mendengar atau terlibat secara langsung dengan pekara yang di haramkan seperti pergaulan bebas, hiburan yang merasngsang nafsu dan apa saja yang menyuburkan nafsu.

ayuh,tarbiyah hatimu, suburkan iman di dada !!
~ mencari redha ilahi~

Wednesday, December 9, 2009

BERMATLAMAT TANGGA KEJAYAAN

sources:www.iLuvislam.com
author: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D
send by: albanna
editor: almusafirq8

Kajian di institusi pengajian tinggi menunjukkan 80% pelajar tidak bermatlamat dan ini adalah punca utama pelajar melayu gagal bersaing. Menyedihkan tetapi itulah hakikatnya.

Matlamat memudahkan perancangan.

Sekiranya anda ada matlamat, maknanya anda telahpun menetapkan apa yang mahu dicapai dalam suatu tempoh yang tertentu. Ini pastinya memudahkan lagi untuk anda merancang tugas anda setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan. Matlamat meningkatkan komitmen diri. Secara tidak langsung apabila anda punya matlamat maka anda merasakan suatu komitmen perlu diambil untuk memenuhinya. Sebab sekiranya anda terlalai untuk mengikut setiap perancangan yang telah dijadualkan bermakna anda menggadai masa depan anda sendiri. Mata pelajaran Sains seperti di atas tidak mungkin dapat dihabiskan hanya sekiranya anda meletakkan komitmen untuk mengikut jadual harian anda sendiri. Ingatlah, manusia yang berjaya ialah manusia yang mempunyai komitmen yang tinggi terhadap senarai tugas atau perancangan hariannya!!!

Matlamat membantu anda membuat keputusan.

Dalam kehidupan seharian anda pasti menyedari betapa sukarnya untuk mendisiplinkan diri mengikut jadual harian anda. Malah mereka yang mampu mengikut jadual harian jumlahnya terlalu kecil, hanya sekitar 5% sahaja. Yang lain, sama ada langsung tidak mempunyai jadual harian atau ada jadual tetapi sekadar hiasan dinding dan tidak pernah diikuti. Kenapa ini berlaku? Jawapannya ialah sebab kita bukannya robot dan bukannya mesin yang boleh dijadualkan untuk berfungsi mengikut masa-masa yang ditetapkan setiap hari. Sebagai manusia kita tertakluk kepada begitu banyak faktor-faktor luar jangka. Tetapi dengan adanya matlamat anda pada bila-bila masa boleh mengubah perancangan harian anda asalkan ia tidak meninggalkan kesan atas perancangan jangka panjang anda. Anda boleh tidak belajar mengikut masa yang ditetapkan tetapi anda perlu ganti semula dan belajar pada waktu yang lain. Yang penting belajar tetap belajar. Yang penting setiap tajuk perlu dihabiskan dalam masa satu minggu seperti perancangan asalnya. Be flexible!!

Matlamat membantu anda mendapatkan pertolongan.

Apabila anda mempunyai matlamat, anda mula mengatur perancangan. Apabila anda bertindak melengkapkan perancangan, anda mula menyedari dan mengenali kelemahan-kelemahan yang ada pada diri anda. Ini memudahkan anda mendapatkan pertolongan. Anda mungkin perlu berjumpa pensyarah setelah mengetahui ada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu mata pelajaran yang tidak anda fahami. Anda mungkin bertemu rakan-rakan dan berbincang dengan mereka. Ingat tidak ada rakan yang mahu membantu anda disaat-saat akhir kerana mereka sendiri sibuk menelaah pelajaran untuk menghadapi peperiksaan.

Matlamat pengukur kejayaan.

Matlamat tidak akan tercapai dengan angan-angan atau impian kosong. Ia perlu disusuli dengan tindakan. Kejayaan besar yang diimpikan esok hari ialah himpunan kejayaan-kejayaan kecil yang diraih setiap hari. Bagaimana anda tahu bahawa anda telah berjaya? Pengukur kepada kejayaan ialah matlamat yang telah dirancang. Sekiranya anda telah melakukan tindakan dan menyelesaikan tugas seperti yang dirancang maka anda dikatakan sebagai berjaya. Hari demi hari tanpa anda sedari anda mendaki puncak kejayaan yang lebih besar dan lebih bermakna.
Jadi pastikan sekarang bahawa matlamat anda tidak terlalu kecil sehingga ia tidak bermakna, dan tidak pula terlalu besar hinggakan anda rasakan mustahil untuk mencapainya. Tetapkan satu matlamat yang anda begitu bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk merealisasikannya.

Mutiara kata:- “Bukanlah tuan gurumu itu seorang yang hanya kamu mendengar daripadanya, tetapi tuan gurumu yang sebenar ialah yang mana kamu telah mengambil ilmu daripada pengamalannya…” (Imam Ghazali)

THE STORY OF A BOY AND A TREE

sources:www.iluvislam.com
author : jfaisal
Editor : naadherah

As Salaamu‘alaykum and peace to all,

“A son’s sacrifice towards his parents is not complete until a situation arises whereby he buys and frees his parents from becoming slaves.” As we already know, we cannot deny the greatness of our beloved parent’s sacrifice, how they have spent most of the time lives to secure our future; their children’s future. From the time we were infants until we become useful people, they care for us. This is a story that relates to their sacrifice; a story about a boy and a tree in a countryside.
Once upon a time, when a boy was a small child, he used to play with a particular tree everyday as a hobby. Tree was very happy and wished that it could stop time from going on so that it could stay with the boy forever. But time goes on by and the boy gradually grows older day by day, year by year. Eventually, he doesn’t play with the tree anymore. So, the tree becomes very sad and lonely.
One gloomy morning, as the tree was standing alone, remembering the happy days they had together, it got a shock joy as the boy come back. He had come to ask for money and the tree didn’t hesitates even the least to give and sacrifice all it had with its capability, shedding all its leaves to give to the boy, leaving it bare and cold. The boy went away happily but didn’t return for along time.
A few years passed by and the boy has grown into a handsome man. Eventually, he came back to visit the tree, asking yet another favor for wood to build of his house. Once again, the tree sacrificed itself and was partly cut down. But again, the boy left the tree alone and never come back anymore.
In this story, the tree symbolizes our parents. The reality today is just as such. Children never appreciate their parents’ sacrifice but always asking for more. Parents, on the other hand, never abandon their children’s hope and sacrifice all they could. Some nowadays think that money could pay for what they have done, that is by giving their parents money. Actually, this concept is totally wrong.
Always remember, love has no substitute, be it billions of dollars or ringgit, no value can match the price of love. One thing need to remember is that, even if you service your parent for whole of your life, you still cannot pay for what they have done for you. The parent’s sacrifices are invaluable.

ILMU ANTARA VISI DAN MISI

sources:www.iluvislam.com
author:tuan mohd rezza
editor: azzahra_solehah


Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami)” ar-Rahman (55:33)

Allah Taala mengisyaratkan secara jelas kepada kita melalui lafaz sul-thon dalam ayat di atas memberi erti kekuasaan, bahawa penguasaan ilmu adalah aset yang paling bernilai dan utama bagi menguasai sesuatu bidang kehidupan di dunia ini. Secara tidak langsung juga mengisyaratkan akan ilmu pengetahuan adalah faktor yang terkuat dalam menjadi perisai paling ampuh dalam diri manusia.

ILMU TERAS MASA DEPAN

Islam menggalakkan umatnya supaya mempelajari dan menuntut ilmu pengetahuan dalam pelbagai lapangan dan bidang kerana ilmu memainkan peranan yang cukup penting dalam menentukan nilai sesuatu tamadun. Jatuh bangun sesebuah tamadun bergantung kuat pada dahan kebijaksanaan pengasas dan pengikutnya dalam menentukan hala tuju seni bina tamadun tersebut. Nabi pernah bersabda yang bermaksud: “Menuntut ilmu itu menjadi kewajipan kepada setiap orang Islam (muslim dan muslimah)” (Hadith Riwayat Muslim)

Selain itu Islam telah menggariskan ilmu sebagai neraca timbang dan batu ukur bagi menentukan jalan yang harus dipilih untuk menuju kebahagian di dunia dan di akhirat. Kecemerlangan ilmu juga memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan nilai-nilai keperibadian seseorang individu yang mana akhirnya mengangkat taraf kehidupan masyarakat dan menjulang nama sesuatu bangsa, negara dan umat Islam secara umumnya.

Perlu diingat bahawa keagungan ilmu mengikut pandangan Islam dalam terokaan sejarah kebangkitan tamadun Islam semenjak zaman baginda s.a.w dipandu oleh al-Quran dan Sunah baginda Nabi s.a.w bagi mencapai suatu tahap keilmuan cemerlang, dan terbilang bagi meneruskan kesinambungan serta tuntutan agama sepertimana yang disarankan supaya mempunyai sifat ikhlas, terbuka dalam menimba ilmu, dan bersedia berkongsi ilmu dalam memberi pandangan serta bersedia berlapang dada menerima pandangan orang lain. Jika kita ingin mengembalikan sejarah keagungan umat Islam dalam sejarah zaman lampau, maka kita pada hari ini perlulah menguasai kepelbagaian ilmu.

Ilmu-ilmu agama menjadi penyuluh hati, manakala ilmu-ilmu moden pula menjadi cahaya yang lahir dari ketakwaan hati yang disuluh dan pencerah minda yang berjaya mencanang segala bentuk strategi dalam menghadapi musuh-musuh agama. Empayar islam di Andalusia yang diterokai oleh Khalifah Abdul Rahman ad Dakhili yang mula merangkap masuk ke bumi Andalusia pada tahun 755M adalah sebaik-baik contoh kebangkitan tamadun Islam dan ketinggian pusat kajian ilmu-ilmu Islam dalam pelbagai bidang. Pada zaman ini menjadi bukti hasil kebangkitan tamadun Islam yang gemilang itu, apabila telah berjaya melahirkan ramai saintis dan pakar-pakar dalam penyelidikan.

Penemuan di dalam pelbagai bidang bertaraf kelas pertama lagi berprestij seperti perubatan, botani, geografi, fizik, kimia, pembedahan, ahli matematik dan sebagainya. Sebagai contoh, al-Khawarizmi (770-840M) seorang tokoh ahli kaji bintang (astronomi) yang paling terkenal di dunia Islam ketika zaman kegemilangan beliau. Kemampuan tahap penguasaan ilmunya adalah tinggi dan berjaya meninggalkan karya-karya teragung dalam ilmu falak. Beliau merupakan manusia pertama yang berjaya menentukan ukuran dan bentuk bulatan (sfera) bumi.

Ketamadunan yang telah terbina di bumi Andalus tersebut meninggalkan kesan teramat hebat, unik dan teliti susunannya. Ini semua dapat dilihat kebenarannya apabila kita meninjau jauh pada kesan-kesan tapak peninggalan sejarah yang terdapat pada hampir semua bangunan-bangunan lama yang masih kukuh berdiri seperti Istana al-Hamra di Cardova. Lambang seni bina dan seni ukir yang halus pada zaman itu yang masih lagi utuh dan jelas serta membuktikan pernah berlangsungnya suatu tamadun yang cukup hebat dan amat dihormati. Ini menunjukkan bahawa Islam tidak melarang umatnya menguasai ilmu moden khususnya ilmu sains dan teknologi.

MAHASISWA BERKUALITI DAN RETI

Betapa tabah dan cerdik para cendikiawan dan para ilmuan Islam dalam mencernakan ilmu yang dipelajari untuk dicanang dalam kehidupan seharian, dengan berjaya mencipta pelbagai kemudahan untuk kegunaan manusia pada zaman tersebut. Betapa cekal dan sabar mereka melakukan ulangan serta kajian berterusan sehingga beratus-ratus kali percubaan eksperimen, dan tidak berputus asa walaupun ada kalanya mereka terpaksa menerima hakikat yang sedikit mengecewakan di akhir perjalanan.

Namun bagaimana pula kita melihat kesungguhan mahasiswa pada zaman ini, adakah sama dengan apa yang telah dipertontonkan oleh mereka? Justeru itu, semangat dan perjuangan perlu dimulakan pada saat ini. Terutama di kalangan para ilmuan, di mana mereka tidak perlu alpa, dan leka serta membuang masa dengan hanya berpeluk tubuh bagaikan orang tidur disorokan bantal tanpa perlu berusaha mencari kelainan dalam memahatkan sejarah pada catatan diri sendiri yang bisa menjadi sebutan masyarakat disekeliling.

Umat Islam perlulah berhenti menyalahkan orang lain sepanjang hidup mereka. Sikap inilah yang akan melemahkan kekuatan umat Islam itu sendiri serta membantutkan usaha-usaha untuk membangunkan kembali ketamadunan silam. Kerana sikap inilah juga akan mencetuskan perpecahan sesama mereka dengan berlaku perkara-perkara yang merugikan keseluruhan umat Islam. Inilah usaha-usaha yang telah ditabur oleh barat yang dirancang secara terperinci, halus dan rapi untuk melihat Islam terus ketinggalan dan luput dari sejarah kegemilangan terdahulu.

Maka hendaklah umat Islam itu berubah secara keseluruhan dan sedar dari lamunan yang berpanjangan, dengan bangkit memberi sumbangan sosial, tenaga, buah fikiran, dan berkorban dalam satu barisan serta menggembleng arah tuju yang sama lagi mantap. Jalan-jalan inilah yang akan menyelamatkan mereka dari terjatuh ke dalam lubang-lubang kehinaan dan kemunduran yang telah diciptakan oleh pihak barat.

KESAN KEJATUAHAN KERAJAAN ISLAM DI TURKI

Sejak kejatuhan pemerintahan Kerajaan Islam Uthmaniah secara rasminya kepada rejim yahudi Mustapha Kamal Attartuk pada tahun 1924M sehinggalah kini, bermakna sudah hampir 85 tahun umat Islam kehilangan arah tuju dalam erti kata yang sebenar, dan masih lagi di dalam kerabaan malam yang bersuluh malap mencari jalan pulang. Bagaikan hilang tempat berpaut, suatu ungkapan bidalan yang cukup sinonim dengan situasi sekarang, sesuai menggambarkan keadaan umat Islam selepas keruntuhan sistem pemerintahan terakhir umat Islam sejak dari zaman pemerintahan agung Baginda Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat.

Dalam kejatuhan yang tiada berpehujung, pihak Barat telah mengaburi umat Islam dengan pelbagai usaha dan dakyah dalam usaha untuk memesongkan cara berfikir umat Islam, dan yang lebih jauh lagi memesongkan akidah yang tulen dengan menyogok fahaman sekular yang berkonsepkan pemisahan agama dari urusan kehidupan dan pemerintahan. Maka jelaslah, pihak barat telah berjaya memisahkan kebanyakan umat Islam dari mempunyai minat dan kesungguhan di dalam menguasai ilmu-ilmu Islam, sains dan teknologi, paling menyedihkan dari mengamalkan ajaran yang sebenar.

Menghadapi cabaran Barat seharusnya menjadi agenda utama umat Islam di samping tidak meninggalkan perkara-perkara penting yang lain. Bersatu di bawah satu matlamat bagi mendaulatkan Islam di bawah satu panji berlatarbelakangkan konsep Islamiah dalam kehidupan. Umat Islam perlu memperkasakan diri mereka dengan kepelbagaian ilmu dan kebolehan terutama yang berkait rapat dengan jalur lebar teknologi, penyiaran, bidang kejuruteraan, sains, biologi, bio-kimia, angkasa lepas (astronomi), dan sebagainya. Tanpa mengalpakan ilmu-ilmu yang lain yang terlebih utama, seperti ilmu-ilmu fardhu ain dan segala macam ilmu dalam agama yang berkaitan Fekah, Tafsir, Hadith, Bahasa Arab, dan sebagainya.

Dengan peranan ilmu inilah yang akan menjadi pelita sebagai garis panduan kita menuju kepada Allah Taala. Umat Islam perlulah bergerak dalam satu garis panduan yang terancang dan bukan mengikut arus gelombang sentimen dan emosi, dengan meletakkan cernaan akal yang sihat dalam berfikir di hadapan sebelum melakukan sebarang tindakan agar apa-apa sahaja yang dilakukan tidak terbabas lantas merosakkan langkah-langkah perancangan yang seterusnya. Ingatlah kita adalah pencetus pada satu reformasi bersepadu dalam melahirkan generasi celik dan berfikiran matang di dalam menongkah arus perdana yang kian mencabar.

Maka di sana, penguasaan ilmu yang mantap dan mengamalkannya dalam kehidupan adalah senjata paling ampuh untuk menangkis pancaroba yang datang menyerang bila-bila masa dan tempat. “Ya Allah Tuhan Maha Esa, bimbinglah hati-hati kami mencari keredhaan-Mu, bukan menempah kemurkaan-Mu” ameen