PERSATUAN ALUMNI NADWATUSSAADAH SMU(A)AL-SAADAH
BATU MENGKEBANG 18000
KUALA KRAI KELANTAN


http://nadwatussaadah.blogspot.com

Saturday, February 5, 2011

MAJLIS PERJUMPAAN ALUMNI NADWATUSSAADAH 2011


3 Febuari 2011 iaitu pada hari Khamis yg lalu, Majlis Perjumpaan Alumni Nadwatussaadah 2011 telah berlangsung dengan jayanya. Alhamdulillah. Majlis ini telah mendapat sambutan dari ramai bekas-bekas pelajar yang pernah menuntut di Smu (a) Al-Saadah Batu Mengkebang.Jumlah mereka yang hadir pada majlis tersebut adalah seramai 65 orang. Tahniah!!

OBJEKTIF MAJLIS PERJUMPAAN ALUMNI NADWATUSSAADAH 2011

Tiga objektif utama majlis tersebut adalah untuk mempertemukan kembali bekas-bekas pelajar SMU (A) Al-Saadah Batu Mengkebang, mengeratkan ukhwah di antara bekas-bekas pelajar SMU(A) Al-Saadah Batu Mengkebang dan mewujudkan hubungan yang baik di antara pihak sekolah SMU (A) Al-Saadah Batu Mengkebang dan bekas-bekas pelajar SMU (A) Al-Saadah Batu Mengkebang.

MEREKA YANG HADIR

Majlis tersebut telah di hadiri oleh bekas-bekas pelajar Smu(a) Al-Saadah Batu Mengkebang yang suatu ketika dahulu pernah menuntut ilmu di Smu(a)Al-Saadah, sebuah sekolah yang telah melahirkan ramai anak-anak berpendidikan agama yang bersakhsiah tinggi. Terima kasih kerana hadir. Selain daripada itu, Alumni ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak sekolah yang sudi memberi kerjasama dan sokongan penuh bagi menjayakan program tersebut. Antara guru-guru yang hadir pada hari itu ialah Tuan Mudir, Ustaz Zulkifli Che Soh, Ustaz Hasim, Cikgu Syazuan, Cikgu Mahani dan Teacher Ain. Terima kasih kerana hadir memberi sokongan dan memeriahkan majlis. Majlis juga turut di serikan oleh kedatangan para pelajar tingkatan lima yang akan menduduki SPM pada tahun ini. Semoga berjaya dan terima kasih kerana membantu Alumni pada hari tersebut.

AKTIVITI-AKTIVITI SEMASA MAJLIS

Antara aktiviti-aktiviti semasa program adalah, sesi ucapan penghargaan dari wakil Alumni, Ustazah Siti Zubaidah Abdullah, Ucapan Perasmian oleh Ustaz Zulkifli Che Soh. Tiga sesi cabutan bertuah pula di sampaikan oleh Ustaz Hasim, Cikgu Mahani dan Teacher Ain. Selain daripada itu, majlis turut mempersembahkan dua buah persembahan multimedia. Sesi fotografi bersama pihak sekolah dan ahli Alumni juga turut di adakan. Di akhir majlis tersebut, semua yang hadir makan tengah hari bersama-sama dengan sedikit juadah yang di sediakan oleh para urusetia Alumni Nadwatussaadah.


TERIMA KASIH

Ucapan terima kasih untuk semua yang turut sama-sama menjayakan Majlis Perjumpaan Alumni Nadwatussaadah 2011, sehingga bertemu lagi di majlis-majlis yang akan datang. Wassaalam.

No comments:

Post a Comment