PERSATUAN ALUMNI NADWATUSSAADAH SMU(A)AL-SAADAH
BATU MENGKEBANG 18000
KUALA KRAI KELANTAN


http://nadwatussaadah.blogspot.com

Wednesday, December 23, 2009

Ayuh mentarbiyah hati !!
Tarbiyah hati,satu tanggungjawab yang sering di abaikan oleh umat islam hari ini. Padahal, tarbiyah hati itulah pangkal segala kebaikan. Jika hati terdidik, kekurangan lain dapat di hadapi sebaiknya. Bahkan, ia menjadi tunjang bagi segalanya jika ia di mantapkan.
Jika jasad perlukan makanan, akal perlukan ilmu, maka hati perlukan iman sebagai makanan. Iman sangat penting kerana ia menentukan sistem nilai, paradigma dan pandangan alam tentang sesuatu.bertapak di hati perlu di bangunkan.
wahai diri, ilmu yang tinggi sahaja tidak bernilai tanpa iman yang mantap. Iman yang bertapak dalam hati perlu di bangunkan !!
yakin lah !. Hanya keyakinan dapat membentuk keyakinan. Dan keyakinan yang mantap perlu melahirkan tindakan. Tindakan inilah yang akan membentuk sikap, dan sikap inilah akhirnya membentuk teladan. Dalam mendidik hati, teladan lebih berkesan berbanding saranan.
Keperluan rohani kepada iman dan taqwa ini ialah keperluan yang sangat sukar diisi oleh umat islam hari ini sedangkan ia keperluan yang paling utama jika di bandingkan dengan keperluan yang lain.
Jesteru itu, mujahadah lah wahai jiwa, tabiyahlah hati mu !
Ubat selalunya pahit. Rawatannya juga selalunya perit, tetapi oleh sebab inginkan jiwa yang sihat, kita rela menelan kepahitan, kita rela menanggung keperitan berpantang.
Maka, begitu jugalah jalan untuk mengubat hati. Terpaksa menempuh jalan mujahadah. Untuk mengubat hati perlukan penawar yang juga pahit. Ubat hati jarang yang manis. Namun, semua itu perlu di tempuh jua. Apa ubat hati yang pahit itu?
Pertamanya, lazimkan diri menghadiri majlis ilmu. Imarahkan taman- taman syurga! Ilmu itu cahaya hati,majlis ilmu itu taman syurga di dunia ini. Jika sering berada di taman syurga dunia, insyaAllah akan memberi harapan yang cerah untuk berada di taman syurga yang hakiki di akhirat kelak.
Walaupun berat kaki melangkah, gagahi juga ! sepertimana pesakit terpaksa menelan ubat yang pahit. Terangi hatimu dengan cahaya ilmu. Ingat, hakikat ubat hati adalah ilmu.
Dari sana, susuli langkah seterusnya. Ilmu adalah imam dan amal adalah makmumnya. Amalkan latihan asas dan teras untuk merawat hati. Ubat hati ialah zikrullah. Cara zikrullah yang paling utama adalah solat. Solat adalah wasilah penghubung antara hamba dan tuhan. Fahami makna bacaan, hayati erti gerakan dan resapkan rasa rasa setiap gerakan dan bacaan ke dalam hati. Walaupun susah, tapi paksalah diri dengan bersungguh sungguh. Sedangkan bisa boleh menjadi biasa apabila dilazimi, apatah lagi penawar yang datang daripada Allah.
Sakit fizikal ada pantang larangnya, begitu juga sakit hati. Ada pantang larangnya. Perlu berpantang dari pekara yang boleh menyuburkan nafsu. Misalnya, melihat, mendengar atau terlibat secara langsung dengan pekara yang di haramkan seperti pergaulan bebas, hiburan yang merasngsang nafsu dan apa saja yang menyuburkan nafsu.

ayuh,tarbiyah hatimu, suburkan iman di dada !!
~ mencari redha ilahi~

1 comment:

  1. Salam. ek kita. Ana terjumpa blog ni dalam carian google. Kebetulan. Kemah molek. Nanti zirah2lah blog ana jugak yer.
    http://samsulhaniff.blogspot.com

    ReplyDelete