PERSATUAN ALUMNI NADWATUSSAADAH SMU(A)AL-SAADAH
BATU MENGKEBANG 18000
KUALA KRAI KELANTAN


http://nadwatussaadah.blogspot.com

Friday, January 29, 2010

Belajar Dari Transformer


Dalam kehidupan ini, sebenarnya proses pembelajaaran diperolehi dari pelbagai cara dan sumber. Kadang-kadang kita perlu untuk ditipu, supaya kita tahu bagaimana untuk tidak ditipu lagi. Mungkin juga untuk mengelakkan rasa marah, kita perlu untuk dimarahi, lantaran ketika itulah baru kita begitu memahami perasaan seorang yang ditengking-tengking dan sebagainya. Pada hakikatnya, proses pembelajaran juga amat mudah dilakukan dengan hanya memerhati. Memerhati gelagat dan tingkahlaku manusia menjadikan kita lebih memahami perangai dan emosi kita sendiri. Namun, kita kadang-kadang terlalu sibuk untuk memerhati perangai orang lain.

Pembelajaran juga boleh berlaku melalui filem-filem yang kita tontoni. Hanya dengan melihat filem-filem, kita mungkin akan mendapat sesuatu daripadanya jika kita berfikir dengan lebih jauh dan mendalam. Menonton filem bukan sekadar untuk berhibur, bahkan ia juga mengasah minda kita untuk menganalisis sesuatu perkara. Amat rugilah jika kita menerima dengan sepenuh hati sesuatu yang disajikan tanpa menimbangnya dengan akal dan hati. Tambahan pula pada zaman sekarang ini, filem-filem memanglah senjata Barat untuk menanamkan ideologi-ideologi mereka dalam pertempuran fikrah. Filem-filem yang dihidangkan mempunyai maksud-maksud yang tersembunyi dan bukannya sekadar hiburan seperti kebanyakan masyarakat hedonisme fikirkan. Contohnya, dalam filem Transformers, ramai penganalisis menyatakan ia adalah antara usaha Barat untuk mengembalikan maruah tentera-tentera Amerika yang pada ketika itu sedang dikutuk oleh masyarakat dunia.

Pencerobohan tentera Amerika ke dalam negara Iraq dengan beralasan untuk mencari tenaga nuklear merupakan satu pembohongan yang besar. Dan sudah tentu, pembohongan yang besar ini, tidak dapat bertahan lama, seperti kata Presiden Amerika Syarikat yang ke-16, Abraham Lincoln, "You can fool all the people some of the time, and some of the people all the time, but you cannot fool all the people all the time."

Media massa yang tidak telus sedaya upaya menggambarkan pengorbanan yang dilakukan tentera Amerika, padahal apa yang berlaku adalah sebaliknya. Namun Amerika bukanlah merupakan satu negara yang belajar daripada kesilapan lampau, maka (sekurang-kurangnya dalam aspek ini), dan mereka merasakan mereka mampu untuk terus membohongi mata dunia. Jika puluhan tahun yang lampau, mungkin perkara seperti ini akan berlaku kerana mereka masih lagi menguasai media massa, namun pada zaman yang serba canggih dan kerana timbulnya umat Islam yang sedar akan peri-pentingnya peranan media massa, maka kejahatan Amerika mula terbongkar. Masyarakat dunia mula mengetahui akan kerakusan nafsu tentera Amerika yang sanggup merogol tawanan-tawan perang dengan sewenang-wenangnya. Dunia juga mula menyedari akan tujuan pencerobohan Amerika walupun agak terlewat. Amerika terus dikecam dengan pelbagai kecaman berbisa dari banyak pihak. Tingkahlaku tentera Amerika yang tidak mengikut etika tentera terus tersebar dengan meluas. Maka di situlah lahirnya sebuah filem berjudul Transformers.

Perjalanan hidup sebuah kereta kura-kura dan sebuah trak yang besar sebenarnya mempunyai mesej jahat yang tersembunyi. Namun tidak salah kita mengambil mesej yang baik darinya. Dengan beralasan bahawa kononnya siri kartun Transformers ini semakin dirindui peminat-peminatnya, Amerika melihat inilah satu peluang yang baik untuk membersihkan arang yang tercalit di muka mereka. Dalam filem ini, tentera Amerika Syarikat digambarkan sebagai satu kumpulan yang sanggup untuk menggadaikan nyawa dan berjuang bersama-sama robot-robot angkasa lepas untuk mempertahankan tanah air. Amerika Syarikat sedaya upaya untuk meninggikan kembali maruah tentera mereka dengan menghidangkan tujuan pihak ketenteraan negara tersebut diwujudkan, yakni untuk MEMPERTAHANKAN DIRI, dan bukan MENYERANG.

Di sebalik pembohongan besar yang cuba ditanam dalam fikiran pembaca, kita boleh belajar satu lagi aspek penting dari filem ini. Bahawasanya yang kuat, tidak semestinya perlu menindas yang lemah. Ataupun yang besar, tidak perlu membuli yang kecil, bahkan seharusnya mereka terus bekerjasama. Optimus Prime (sebuah cab-over semi truck) yang besar dan gagah perkasa ini seharusnya menolong Bumblebee (sebuah Volkswagen Beetle) menentang Megatron (sepucuk pistol Walther P38?). Begitu harmoni suasana yang digambarkan di dalam filem ini, sebuah lori tak yang besar boleh bertolak ansur dangan sebuah kereta kura-kura Volkswagen!

Jangalah kita ketika memandu kereta yang kecil tidak mahu dibuli. Tapi bila memandu kereta yang besar, hendak pula membuli. Dalam kehidupan kita yang sebenar, seringkali berlaku kes buli jalan raya. Sehinggakan kalau kita menaiki kereta yang besar sedikit seperti MPV, kita berasa sombong dan tidak mahu bertolak ansur dengan pemandu kereta mini seperti Perodua Kancil. Kes ini makin teruk jika pemandu-pemandu trak yang besar seperti trak yang mengangkut kargo atau petroleum, ataupun pemandu-pemandu bas pula yang membuli kita di jalanraya. Janganlah hanya disebabkan kenderaan kita yang besar, sanggup membuli kenderaan yang kecil, sedangkan kita semua membayar cukai jalan yang sama! Seharusnya kita bertolak ansur dan memandu secara berhemah, barulah tidak berlakunya kemalangan jalan raya yang dahsyat. Renung-renungkanlah. Sama-samalah kita belajar dari Transformers! Moga bermanfaa

~jangan takut berbeza~
~ http://alnaqish.blogspot.com / al_naqish@yahoo.com ~

pilihanraya kampus


salam juang buat semua sahabat2 alumni saadah.sekadar perkongsian tentang senario pilihanraya kampus dr saya.

Alhamdulillah,21 hrbln lps, uiam telah selesai menghadapi pilihanraya kampus dgn lancar.seperti biasa, pilihanraya kampus uiam adlh melibatkan persaingan antara pro mahaiswa dan pro aspirasi.dan selama 11 tahun berturut2, pro mahasiswa berjaya mempertahankan kemenagan di uiam.syabas diucapkan.kabinet baru akan di bentuk pd awal februari nanti.

pilihanraya uiam kali ni menyaksikan persaingan sengit antara calon pro M dan calon pro A.Antara kerusi panas PRK uiam kali ni adlh kerusi di kuliyah ekonomi dan penurusan yg mana melibatkan persaingan 3 penjuru iaitu pro M, pro A dan pkpim.Dan alhamdulillah,kerusi untuk kuliah tersebut berjaya dimenangi oleh calon pro mahasiswa.

Dgn kemenangan majaoriti melibatkan kampus kuantan dan gombak, pro mahasiswa sekali lagi berjaya menjadi kerajaan di bumi UIAM dgn tampuk pemerintahan selama 11 tahun berturut turut.

26 hrbln 1 nanti akan menyaksikan pula pilihanraya kampus di UPM.untuk kampus2 lain seperti UKM,UM,UITM, pilihanraya kampus akan diadakan pada 28 hrbln ni.sama2 kita natikan keputusan PRK di kampus2 ni.Adakah UM juga akn berjaya mempertahankan kerajaan pro m?sama2 kita nantikan dan doakan kemenangan sekali lagi pro m di UM dan di kampus2 yg lain.

~mahasiswa juru bicara Ummah~
~ http://alnaqish.blogspot.com / al_naqish@yahoo.com ~

Saturday, January 23, 2010

pilihanraya kampus

salam juang buat semua sahabat2 alumni saadah.sekadar perkongsian tentang senario pilihanraya kampus dr saya.

Alhamdulillah,21 hrbln lps, uiam telah selesai menghadapi pilihanraya kampus dgn lancar.seperti biasa, pilihanraya kampus uiam adlh melibatkan persaingan antara pro mahaiswa dan pro aspirasi.dan selama 11 tahun berturut2, pro mahasiswa berjaya mempertahankan kemenagan di uiam.syabas diucapkan.kabinet baru akan di bentuk pd awal februari nanti.

pilihanraya uiam kali ni menyaksikan persaingan sengit antara calon pro M dan calon pro A.Antara kerusi panas PRK uiam kali ni adlh kerusi di kuliyah ekonomi dan penurusan yg mana melibatkan persaingan 3 penjuru iaitu pro M, pro A dan pkpim.Dan alhamdulillah,kerusi untuk kuliah tersebut berjaya dimenangi oleh calon pro mahasiswa.

Dgn kemenangan majaoriti melibatkan kampus kuantan dan gombak, pro mahasiswa sekali lagi berjaya menjadi kerajaan di bumi UIAM dgn tampuk pemerintahan selama 11 tahun berturut turut.

26 hrbln 1 nanti akan menyaksikan pula pilihanraya kampus di UPM.untuk kampus2 lain seperti UKM,UM,UITM, pilihanraya kampus akan diadakan pada 28 hrbln ni.sama2 kita natikan keputusan PRK di kampus2 ni.Adakah UM juga akn berjaya mempertahankan kerajaan pro m?sama2 kita nantikan dan doakan kemenangan sekali lagi pro m di UM dan di kampus2 yg lain.

~mahasiswa juru bicara Ummah~

Sunday, January 17, 2010

Posto..posto..

Salam 'Alayk sahabat-sahabat...
Saya tertanya-tanya bila sahabat-sahabat nak menyumbang artikle di nadwatussaadah.blogspot.com.
Tulis lah apa sahaja.
Sebaiknya apa yang lahir dari hati.
Ataupun sahabat-sahabat boleh copy artikle dari mana-mana website. Tapi jangan lupa letak sources of artikle.
Tidak wajar kiranya hanya sebahagian sahabat-sahabat sahaja yang 'alert' dengan blog ini.
Kalau sahabat-sahabat ingin menghantar artikle-artikle untuk saya edit dahulu, sebelum saya post ke blog, saya sangat-sangat mengalu-alukan.
Sahabat-sahabat boleh emel kepada saya di alamat emel: norhaslinda87@yahoo.com.
Saya masih ingat kata-kata sahabat-sahabat untuk sama-sama membangunkan medan tulisan kita ini.
Dan saya sangat-sangat yakin, sahabat-sahabat sangat berpegang pada kata-kata..
Maaf di atas segala ketidakenakan budi bicara..
Hamba Allah, -NurAnanda.blogspot.com-